Saturday 1 November 2014

Deco buai guna tema2 la pulak..hehe


Salam olls..lama x update blog..kekurangan kerajinan memandangkan berat yg makin bertambah2..heeehuuu

ok event last week..di rumah saudara husband. Aunty ni request simple cradle je for her 4m granddaughter...tp memikirkan resource yg dah ada & sayang kalo kurang digunakan sy pun alhamdulillah terdetik nak bagi dia special deco..masa tgh fikir design agak malas2 juga..hehe tapi alhamdulillah everything turns out so well :D

masa pasang sehari sebelum majlis..belum tambh lighting lagi

untuk deco kali ni sy terfikirkan nak wat gabungan photobooth & pelamin cradle..then tengok barang2 yg ada terus terfikir tema garden..not really a pure all green garden..tp more to something yg fantasy..all white maybe...huhu then set up barang2 ngan husband & terus je buat..no more thinking..Alhamdulillah..jadi juga..just better..hehe

next project nak try tema yg lain pula..hopefully dapat ilham daripada Allah :)

tadaa!! inilah dia imaginasi saya..ok x? :)

special for baby Irdina Fakhriah..moga membesar sebagai anak yang solehah ye sayang
Ramai yang tanya saya perlu ke buai baby untuk majlis akikah..well depends pada tuan empunya badan sendiri..pada saya buat pelamin berendoi ni bukan satu kerugian pun..sebab yang kita bayar tu bukan setakat nak cantikkan majlis je tapi kita bayar untuk satu kenangan.. kenangan & kemeriahan yang boleh dikongsi dengan saudara mara & rakan2.. itu lebih bernilai harganya..betul x? hehe

x perlu da bayar extra untuk photobooth..pelamin sendiri jadi photobooth yg kelasss gitu :))
Berminat dengan khidmat kami? boleh pm/call/sms/whatsapp ye

Yana: 0139665050
Adi: 0129463825


till then...Assalammualaikum :)











Sunday 21 September 2014

PAKEJ PROMO LAGI!

Salam everyone..sy lupa pula nak post di blog pakej promo ni..huhu

re-post fro our FB page : Buai Rayyan

Sempena wedding anniversary kami yg ke-3 hari ni 11sept n sempena hari lahir kami yg ke-30..sy buka promosi utk pakej ini dgn harga mampu milik RM350. Untuk buai single-A & twin-A saja ye. Dua2 buai harga sama. Promosi sampai hujung bulan 10. Bulan 11-12 kita akan start pakej DIY. Sy nak berehat n beri laluan pada majlis kahwin adik sy. Harga dah murah ni, ape lg jom book sekarang :)

DOnt miss out..when its gone, its gone:p


Latest backdrop design..only RM350 
Anything nak tanya berkenaan servis/ pakej kami boleh direct whatsapp/sms/call sy Yana: 013-9665050..no husband sy x aktif buat masa sekarang sebab dia masih lg berkursus.
Sorry for the inconvenience :)

Saturday 6 September 2014

susu ibu vs susu kambing

Salam semua..hari ni nak share pasal pemberian susu kepada anak/ bayi umur bawah 2 tahun. Sebelum ni sy ada war2kan kat fb yg sy masih lg continue breastfeed Rayyan..

Tapi kuasa Allah kan..kita hanya merancang & berusaha tapi Allah adalah sebaik2 perancang. saya terpaksa stop breastfeed masa umur Rayyan 1 tahun 4 bulan. Sebelum ni sy dok mencari jugak kenapa susu makin lama makin menyusut. sampai satu tahap yang keluar just 2-3 titis je. tambah kekerapan pam & direct feed pun x jadi ape.

Rupa2 nya Rayyan nak dapat kawan. Sy dapat tahu sy pregnant bila kandungan da masuk 5 bulan. huhu kena bebel dgn nurse di klinik sebab lambat daftar.

Then bila susu kurang memang x dapat nak siapkan stok untuk dia g taska.. masa mula2 cuba juga bagi dia susu tepung sebab masa tu mencari susu fresh x jumpa. susu 1st yg sy bagi ANmum essential.. sebab nak kan sel2 otak berhubung..hahah ok x kelakar..sebab anmum xde tambahan gula. so sebab x nak perut Rayyan terkejut tiba2 susu manis so belikan la Anmum step 2. Masa tu kelam kabut gak nak cari bekas nk letak susu tepung. Saya pulak jenis particular. memang sukat siap2 berapa nak bagi kat taska.. lucky me sebab masa beli starter set botol susu tommee tippee dulu memang ada skali milk dispenser yang kecik2. so ada juga gunanya..mula2 ingat nk jual dah..hehe

Rayyan minum Anmum utk 2 minggu je sebab nampak poo poo dia cair & kerap pulak tu. Dia x sesuai dgn Anmum so gigih la cari susu lain. Next is S26. sebab anak abang sy minum S26 so sy pun nak try bg Rayyan cuba.. masa beli x baca pun berapa sukatan. Main beli je sebab anak buah seems ok kan dgn susu ni..so budget anak sendiri pun mesti akan ok punye..huhu

then bila nk siap2 susu g taska tengok sukatan dia 7 scoop...yes bukan 2, 3 atau 4 tp 7 sudu..memang x muat milk dispenser TT sy.. kna guna dua botol milk dipenser untuk satu botol susu. masa ni mula menyesal..kenapa aku tergamak beli susu ni ke Rayyan.. sy yg minum susu tepung letak dua sudu kecik pun da rasa susu tu manis..ni kan pulak 7 scoop untuk sekali minum.. menangis dalam hati :"(

nampak mcm besar tp kecik je bekas ni..huhu (gambar dr google)

Oleh kerana rasa bersalah yg teramat sy gigihkan mencari susu kambing fresh untuk Rayyan. X kira kat mana berapa pun harga, sy x nak dia sentuh lagi susu tepung. memang kesian sangat2 kat dia.

So cari punya cari mula2 jumpa kedai makan kat area Jalan Kamaruddin yg jual susu kambing fresh. Kedai makan Pak Ali namanya. Kalo dr traffic light depan kedai nasi kuku yg famous tu ambil arah jalan pusara. Kedai pakcik tu dekat snow wash. Harga just RM3 sebotol 250ml. Masa x jumpa supplier lain memang beli kt pakcik ni je. Tapi nak dijadikan cerita 1 hari sy g beli tengok stok yg pakcik tu jual, stok yg sama dia jual semalam. the thing is susu bila kita da cairkan dr freezer x boleh dimasukkan semula dalam freezer kalo da cair ye. Tp pakcik ni buat mcm tu..sy perasan sebab dia letak dalam kotak polistrin putih tanpa ape2 ice pack/ ais ye utk keep susu tu sejuk.. bayangkan dr pg sampai petang susu terletak dlm kotak tu..then x abes dia masuk semula dlm peti ais then esok jual semula. mana nak datang nutrien susu tu..abes semuanya..serupa air kosong je..huhu

so gigih lagi mencari..then ada member ofis bitau dia pnah beli fresh milk kat kedai Terengganu Leather di Chendering. kedai tu pemilik dia ada company Cosmopal Sdn Bhd. company ni yg supply barang2 kulit & ada ladang kambing sendiri. diorang produce barang kulit & susu kambing sekali. So g jumpa staf kat sana dia kata ada tp by booking only. HArga RM3.80 sebotol 250ml. Sebab nak beli banyak dia bagi harga 3 botol susu = RM10. Biasa stok akan tersedia untuk sy pick up pada hari Sabtu sebab waktu perahan susu adalah hari khamis. Sampai last week memang sy ambil regularly dgn Cosmopal

lebih kurang mcm ni botol nya..sy malas ambil gambar ( ihsan dr google..hehe)
Tapi kerana hari sabtu adalah weekend..kadang2 ada jemputan kenduri & mcm lg hal..sy gigihkan cari supplier lain..sebab kalo boleh x mahu yg menganggu hari minggu. sebab bila miss collect susu ni sy kna cari option pula untuk bekalan susu Rayyan. So masa x flexible. Masa otw g site dgn my boss kat area Gelugor Kedai sy nampak satu banner. MFR susu kambing.

Masa ni terus contact diorang tanya location sebab nk beli bagi Rayyan test. Alhamdulillah kedai ni dekat ngan tempat kerja saya & waktu perahan susu adalah setiap hari ye. Setiap hari means kalo nk beli yg fresh hari2 pun boleh. Tapi sy ambil stok utk seminggu. Senang keje & jimat minyak.. Just kna blajar cara penyimpanan dan make sure kita tau bile susu tu diperah untuk simpan dalam bentuk cecair & masa bila nk kna bekukan. So now sy memang jd pelanggan tetap MFR ni..antara sebab2nya: 1) dia perah susu hari2 jadi senang nak dapatkan bekalan yg memang fresh 2) waktu ambil stok susu flexible..x kaco dah weekend saya 3) packaging dia comel & proper..even bila kita cairkan yg beku susu tu mudah untuk dikendalikan 4) kandungan dia lg banyak 250ml ++..jimat sudah disitu 5)harga tersangat la affordable & murah..beli 10 botol hanya RM30..tp beli sebotol2 RM4 ye..sila borong nk dapat murah..hehe

Nak beli susu dengan diorang boleh visit page fb diorang MFR susu kambing

ada perasa ye..sila pilih mana yg berkenan..(credit to MFR page)

satu lagi supllier yang saya jumpa online di fb Susu Kambing Segar Terengganu. ni link Fb diorang Klik SINI. Tapi sy x pernah cuba lagi yang ni..sebab location sangat jauh di Mengabang Telipot sana. bercinta nak naik jambatan Sultan Mahmud tu.huhu diorang pun ada buka booth di pasar tani Jalan Hiliran dekat dgn TTC nung tapi sy x pernah g pasar tani tu so memang xde peluaang lagi..huhu

Harga sy x tau..sebab x pernah beli lg..hehe
So far Rayyan xde masalah dengan susu kambing fresh ni. Perkembangan bagus..poo poo xde problem..makan sedap..alhamdulillah.. after all susu kambing adalah yang terbaik selepas susu ibu. Susu kambing pun adalah susu kegemaran Rasulullah. Jadi memang x ragu2 untuk beri pada anak. Tapi ada had umur ye.. bawah 1 tahun jangan pulak di beri susu fresh ni..

next post sy try share umur, sukatan & bila boleh beri bayi anda susu kambing fresh ni. Panjang sgt dah post kali ni. till then :)

Thursday 7 August 2014

Secretleaf On Sale!!!

Salam lovelies...

Kepada pengguna Secretleaf sekarang adalah masa yang terbaik untuk restock produk kegemaran anda.. Harga yang ditawarkan sangat-sangat murah dan menjimatkan poket anda.


Nak lagi harga yg murah dari ni? pm kami ye.. Yana: 013-9665050

Cepat2 beli sementara promosi berlangsung..bila harga da kembali pada yang asal kami pun susah nk tolong..hehe

Secretleaf natural, organic, halal & berkesan..insyaallah dapat rasa perbezaannya.. choose the best for your skin :D

Monday 21 July 2014

Persiapan RaYA 2014

Assalammualaikum semua..

Saya pasti saat2 seminggu akhir sebelum semua menyambut lebaran ni mesti ramai yang kelam kabut buat persiapan.. lagi2 kepada mereka yang duit bonus lambat masuk..hehe

Persiapan kami anak beranak tahun ni simple je..sy banyak beli barang untuk hias rumah berbanding untuk diri sendiri.. Tak tau kenapa rasa teringin sgt nak deco rumah bagi cantik untuk tetamu yang nak datang beraya nanti. 

Oh sebelum terlupa kepada customer2 Buai Rayyan yang ada di Kuala Terengganu jemput la datang rumah beraya.. Raya pertama & ke2 disini..raya ke3 baru pulang ke kampung halaman saya di Negeri Sembilan.

Saya nak kongsikan persiapan baju raya kami. Tahun ni kami sepakat untuk pakai sedondon.. Al-maklum la putera kecil kami da besar..so boleh la cari baju siap di kedai..since pernah beli baju di butik ni so untuk hari raya tahun ni kami x mencari di tempat lain dah.. awal2 da chop nak beli di SINI

1st kenal Gene Martino ni masa duduk di Wangsa Maju dulu. Masa tu Wangsa Walk baru dibuka..tp masa tu pun x pernah terfikir nk beli baju kat sni sebab masa tu single nak sedondon ngan sape kan..hehe so after Gene Martino buka di Kuala Terengganu baru la tergerak ajak suami shop kat sini.

Ni antara collection2 sedondon 2014 yang ada kat website..tapi kat kedai lagi banyak variety & cantik2..kain yang digunakan memang berkualiti. Harga pun sangat2 berpatutan..kalau beli kain hantar kat tailor lagi mahal dari beli yang da siap. 




Dan yang bestnya bila beli baju dapat percuma voucher KFC & Pizza Hut RM10. Boleh guna untuk beli jamuan tetamu di hari raya nanti :D



Sape2 yang last minit nak cari baju boleh la g kedai Gene MArtino ni..Di Kuala Terengganu ada 2 cawangan..satu di Giant Gong Badak & satu lg kat bandar berhadapan dengan Vinnci & KFC..sebelah dengan Watson. Happy Shop everyone :)

p/s: malam2 akhir ni jom sama2 tingkatkan ibadah sunat.. moga diizinkan Allah untuk mendapat pahala Lailatul Qadar. Sambil2 kemas rumah tu boleh zikir2..Semoga kita semua dirahmati :))




Sunday 20 July 2014

ProMo RaYa RaYa RaYa!!

Salam readers..sempena kehadiran Syawal kami ingin mengadakan promosi bagi buaian jenis Cinderella Cradle untuk pakej buai sahaja..Buai siap hias beserta carpet, set tilam bayi & bantal hiasan (seperti pakej A buai2 lain) hanya RM350!!

Hari lain kami x buat ye pakej ni..hanya untuk hari raya sahaja..orang Terengganu ape tunggu lagi..mari cepat2 book..jangan lepaskan peluang..pasti berseri2 majlis bayi anda di hari raya ni :D

Buai yang cantik khas untuk bayi anda di hari raya :D

Monday 16 June 2014

Secretleaf available in Kuala Terengganu

Salam viewers..kali ni kita off-topic sikit..nak promote produk yg sy baru je jadi official dealer nya

Saya adalah pengguna baru Secretleaf..baru 2,3 bulan pakai..tapi Alhamdulillah so far hasilnya sangat memberangsangkan..before this sy ada gunakan few products yang memang terkenal & always available di pasaran.. sy pernah gunakan Felisa, Mary Kay & even Loreal.. bagi sy ketiga2 produk tu bagus. Felisa membantu menghilangkan jerawat tp bila dah lama pakai (4-5tahun x silap) kulit jd makin kering & mengelupas. kulit sy start jadi sangat sensitif pada sabun.

Atas cadangan seorang kawan sy pun try Mary Kay. Mind you this product dr segi price pada sy agak pricy juga..pencuci muka je 80++..huhu tp bagus x mengeringkan kulit. tapi sebab susah nak dapat..sy pun bertukar pada Loreal. Loreal pun ok juga..boleh dapat dekat farmasi2, pasaraya sume tapi range dia banyak sangat. ada day cream, serum, night cream dll. jadi x boleh berjimat di situ..huhu

Lepas sy jadi mak budak ni ada la belajar sikit2 tentang natural foods, makanan sunnah, bahaya nya chemical dlm sabun dan banyak lagi. sy memang suka baca bab2 kesihatan. sebab misi saya nak beri anak sy yang terbaik untuk support perkembangan dia. i have a bigger dream for him. eh da lajak tajuk lain ni..hehe

ok back to the story. bila sy start wat survey produk2 organic/ natural product kat internet & tanya kawan2, suddenly 1 day tergerak nk try Secretleaf. Kebetulan kakak ipar sy juga jual produk ni. So beli la starter set. Mula2 try agak ragu2..ok ke?..what will i see?..tp berani cuba sebab natural produk ok.. by means there's almost no side effect if something goes wrong some where cause everything is natural & organic.

Ni la starter set nya. kalo kira satu2 harga produk yg ada dalam set ni almost RM200 tp special nya Secretleaf, harga yg ditawarkan untuk starter set ni memang affordable. Dapatkan dari sy hanya RM120 sahaja. Harga pasaran RM138 ye
Lepas 2 minggu pakai mula perasan, kulit yg sebelum ni kusam suddenly mcm ade effect glowing2 sket..ceeh perasan kan..hehe tp betul tau..memang rasa nya begitu :D..facial wash tu masa 1st time pakai rasa kulit betul2 segar..mcm semua pori2 tersumbat dah dibersihkan..memang best! then apply pula pure argan oil. nnt sy wat post ape itu argan oil k. pakai minyak kat muka? x takut berkilat ke muka? hehe mesti ada yg tertanya2 kan.. jawapannya TIDAK sama sekali..pure oil mempunyai kadar serapan yang sangat bagus. bila apply dia akan terus meresap dalam kulit & muka x berkilat.

Ni la rupa botol Argan Oil.. ada sebab kenapa ia dibotolkan sebegini. Maklumat lanjut sy share dipost lain k. Now inilah favourite saya untuk apply kat muka. Senang, cepat & Insyaallah berkesan untuk semua
After 2 bulan pakai slowly nampak parut2 jerawat dulu yg merah2 hitam akhirnya da nampak samar2 je..jeragat juga makin hari makin pudar & yg tompok2 kecil da hilang. liang2 pori dulu boleh nampak dr jauh now dah mengecil. hopefully all these problems akan hilang. i want to have a beautiful skin..huhu

So far sy sangat berpuas hati sebab produk ni betul2 membantu menyelesaikan masalah sy. malu juga bila parut2 jerawat masih ada even usia da hampir 30. sebab tu decide untuk jadi dealer & perkenalkan produk ni kepada anda di Terengganu.

Apa yg perlu anda tahu??
Produk ni adalah 100% natural so akan ambil masa untuk nampak kesannya..semakin hari kulit akan semakin pulih luar & dalam...berbeza dengan produk yg diperbuat drpd campuran pelbagai chemical, hasilnya sangat cepat tp slowly akan ade effect jangka masa panjang pada kulit.

Ni antara range product yg sy ada dlm simpanan. Yg kotak hitam tu facial wash utk lelaki ye. Husband sy da pakai..so far xde pulak kata x best. Kulit dia pun nampak better :D
Jadi kalo anda ingin bertukar ataupun anda memang pengguna Secretleaf..anda boleh dapatkan produk anda daripada saya. Harga yg saya beri juga 10% lebih murah daripada pasaran. Plus anda di Terengganu x perlu bayar kos lebih untuk kos pos. boleh COD daripada sy di kwasan Bandar, Chendering, Di Mydin/ Giant Kuala Terengganu. Just call/sms/whatsapp sy..anytime

YANA : 0139665050

ada pertanyaan pun jgn segan2 k..sy sedia membantu..more info on products boleh tengok di page saya Secretleaf Kuala Terengganu di link SINI

tQ for viewing :D

Sunday 15 June 2014

OuR Facebook Page

Assalammualaikum

Kepada pembaca blog anda juga boleh browse gambar2 buai kami yg terbaru dari Facebook Page kami :
Buai Rayyan..boleh klik SINI untuk direct ke page kami.

ni la rupa page kami :)

Wednesday 11 June 2014

CARA-CARA MEMBUAT TEMPAHAN BUAI RAYYAN

Masih ada kekeliruan rupanya dikalangan customer berkenaan pakej yang kami tawarkan.. Bagi customer yang ingin berurusan dengan kami berikut adalah step2 yg boleh diikuti untuk membuat tempahan atau pertanyaan: 

SILA RUJUK GAMBAR YANG KAMI SERTAKAN DI BAWAH YE

LANGKAH 1: Pilih Jenis buai idaman hati 

LANGKAH 2: Pilih jenis pakej yang ingin diambil. Disetiap gambar ada dinyatakn harga setiap pakej mengikut JENIS buai (samada Single-A, Twin-A or etc)

LANGKAH 3: pm inbox, sms, whatsapp atau call kami untuk cross-check tarikh anda (masih kosong atau tidak)

Kami x perlukan deposit untuk sebarang tempahan. Bayaran penuh perlu dijelaskan semasa hari pemasangan. Free transport charge untuk kawasan kuala terengganu yg TIDAK melebihi 20km perjalanan.

Untuk pengetahuan anda buai twin-A/kembar boleh digunakan even untuk majlis seorang saja baby. Ramai customer kami yang ambil untuk single baby kerana permintaan yang tinggi kepada buai single-A & budget yang terhad menyebabkan mereka memilih untuk menggunakan buai twin. Jangan risau..buai single atau twin, hasil deco yang kami berikan kepada anda tetap sama. jgn risau cantik atau tidak. sememangnya kepakaran kami untuk menjadikan buai anda cantik & berseri :))


Untuk urusan sms,call atau whatsapp boleh pilih untuk hubungi:
Yana : 0139665050
Adi (suami yana): 0129463825 


Untuk single baby sahaja 


Untuk single & twin

Untuk single & twin

Untuk single baby sahaja

Untuk single & twin

Tuesday 20 May 2014

ENCHANTED CRADLE FOR BOYS

Assalammmualaikum readers..

kali ni tempahan buai dari kalangan rakan kami untu anak lelaki mereka & sepupunya. buai baru ni muat utk seorang baby saja ye..tp since majlis di rumah mereka mempunyai 3-4 kumpulan marhaban, tahlil & yassin mereka decide untuk bergilir2 naik buai..

tema pilihan ialah tiffany blue & white. buai ni kita buka dua pakej sahaja ye..full package ada backdrop & lighting RM600. dan pakage simple tanpa backdrop RM450..

simple package + add-on backdrop

add-on backdrop untuk pakej ni hanya serendah RM60

Monday 12 May 2014

PROMO buai baru MAY 2014 - Enchanted Cradle

Assalammualaikum readers..

sy terlewat update blog..kita ada buat promo untuk bulan May ni untuk buai baru..dlm fb sy beritahu bermula semalam 11May2014 sehingga 18May2014...tp sebabkan saya lewat update sehari so untuk yg baca blog bermula hari ni..12May2014 sehingga 19May2014..

Jangan lepaskan peluang..memang harga yang diberi sangat2 berpatutan..plus buai nya memang cantik untuk anda abadikan dalam momen penting bagi bayi anda...so dont miss out!! :)



PROMOTION ENDED..Tq

Wednesday 7 May 2014

NEW CRADLE: Cinderella Pumpkin Carriage

Assalammualaikum lama blog ni xde update..sy bz dgn mcm2 hal..anak nk surgery, senarai panjang majlis2 yg perlu ditatarias & masa yg sangat2 terhad untuk online..huhu Alhamdulillah semuanya dah pun selesai satu persatu dan syukur ke hadrat Ilahi kerana mempermudahkan urusan kami..so hari ni sy nak update one of our new cradle..actually cradle ni da lama di beli..dari tahun lepas lagi...cradle ni fully sponsored by my father in law.. tapi x diberi launch dulu sebab cradle ni special untuk anak buah yang baru lahir februari lalu..huhu majlis untuk anak buah kami diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman bersebelahan bangunan Syarikat Air Terengganu (SATU).. oleh kerana ibu mertua sy x larat nak kemas rumah so any event memang kami buat di dewan..hehe tema pilihan ibu mertua saya merah hati (maroon) dan putih & a little bit of grey/silver. sebabkan majlis di dewan, pemasangan ambil masa yg agak lama untuk menjadikan pelamin baby ni sesuai dgn pentas utama alhamdulillah everything went well for us & feedback dari tetamu yang hadir juga quite memberangsangkan..fuh legaaaa :D selain pelamin baby kami juga setup candy buffet table untuk si kecil ni.. simple candy buffet tapi end of majlis licinnn..habes semuanya..alhamdulillah :)) so anda semua enjoy the pictures
ni la cinderella cradle 



90% complete


tatarias with ostrich feather




the best overall picture yang ada..huhu 

untuk buai ni kami cuma buka 2 pakej sahaja..buai ni besar ye..boleh muat utk 2 baby..kalau adik beradik nak buat majlis sama2 boleh ambil buai ni juga :)

Pakej 1 : Tanpa backdrop
-buai dengan hiasan kain dan bunga
-4 bunga pasu hiasan kiri dan kanan
-carpet bulu
-lighting
-4 biji bantal hiasan
-bantal ottoman alas duduk ibu
-set tembaga cukur jambul

Harga RM700

Pakej 2: Full pakej with backdrop
-buai dengan hiasan kain dan bunga
-4 bunga pasu hiasan kiri dan kanan (option pokok ranting)
-carpet bulu
-lighting
-4 biji bantal hiasan
-hiasan bulu ostrich
-backdrop dengan color pilihan 
-bantal ottoman alas duduk ibu
-set tembaga cukur jambul

Harga RM850

berminat? hubungi kami untuk tempahan ye. call/sms/whatsapp 
Adi: 012-9463825
Yana: 013-9665050

Sunday 16 February 2014

Tempahan Buai Januari 2014

Alhamdulillah..Januari was the most blessed month for Buai Rayyan.. Januari merupakan bulan kelahiran CEO kecil kami Tengku Rayyan Iskandar.. syukur.. 1 year journey of motherhood is very tough yet so thoughtful

Januari juga almost every week full with customer..tQ for all customer for your trust in our service...sangat2 happy bila mana customer bg feedback yang mereka semua sangat berpuas hati..Segala puji bagi Allah

ok sy update secara pukal lagi ye..this post adalah collection semua buai bagi Bulan Januari. Sy listkan by date. Enjoy the Pictures!!

11 Januari 2014
Pakej A (Buai & add-on carpet)
Tema: Green Turquoise & off-white
Lokasi: Jalan Panji Alam

Green Turqoise untuk baby Umar Zharif

tQ Ida & family :)
14 Januari 2014
Pakej B
Tema: Pink & Purple
Lokasi: Dungun

TQ Bella & husband :)



17 Januari 2014
Pakej C
Tema: Blue, Purple & off-white
Lokasi: Kg. Kesom, Manir

TQ Kak Zura & husband :)

Kakak si kecil merasmikan dulu..hehe
18 Januari 2014
Pakej A: Twin cradle
Tema: Soft pink & off-white
Lokasi: Wakaf Tembesu

For baby Jannah
Sweet of u Nini..tQ

TQ Nini & family :)


31 Januari 2014
Pakej A: Twin cradle
Tema: Pink & Purple
Lokasi: Jalan Pusara

TQ Kak Zura & family


Anda yang lain bagaimana?? berminat dengan servis kami boleh whatsapp/call/sms:
Yana - 0139665050 & Adi - 0129463825

do visit our fb page: BUAI RAYYAN for more info..till then take care :)

Monday 10 February 2014

27 & 28 Dis 2013

Bertabah lah tengok gambar yang da agak lama..hehe pending lama betul post ni..sy x nak elaborate panjang2 pasal majlis..yang penting gambarnya di muat naik..ceewaahh pandai juga guna bahasa :p

Majlis 27hb Dis: Tema pink-red & cream for double baby (cousins) at Kg. , Manir


Twin Cradle for rent at only RM250 
Majlis 28hb Dis: Tema pink and soft purple at Uncle Sheikh Corner, Marang

Majlis ni dibuat di kedai makan Uncle Sheikh Corner, yang dikendalikan oleh Kak Ezza Nee & husband.mulanya majlis dijangka di buat di rumah tapi last2 bertukar di kedai kerana jemputan yang agak ramai. kedai ni operated petang sampai malam ye.. Siapa2 yang nak cari katering untuk any occasion pun boleh contact akak ni sebab dia juga provide pakej katering.. nak try sedap ke x? sila la ke kedai mereka di marang :D she such a wonderful client to work with..thank you akak..you rock! hehe

by her OP..nice rite?


ni cam kitorang..huhu jauh beza
Berminat dengan servis kami boleh pm/sms/call kami ye..any channel available. FB page: Buai Rayyan
Contact Person: Yana (0139665050) & Adi (0129463825) whatsapp pun boleh :)

Tuesday 4 February 2014

Customer Dec 20th & 21st

Assalammualaikum...

fuh fuh..berhabuk da blog ni..huhu kesuntukan masa nk update lately..so hari ni sy try update blog secara pukal..all picture must be uploaded! hehehe..pada yang follow fb da tengok gambar2 ni..sebab fb more simple..blog nk kna ade tulisan..kalo x nnt boring je letak gambar :D

Majlis yang pertama ni diadakan di Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu. Pn Haslinda request kepada kami colour mint green & pink untuk anak perempuan pertamanya.. sebelum ni dua hero. So yg ketiga ni haruslah special sikit :p Beliau da book dgn kami lama ye..2 bulan sebelum majlis da start liaise dgn saya. terima kasih Linda. So here are the picture of the mint green theme cradle.

nice pastel colour

alhamdulillah client puas hati..sy pun puas sebab outcome cantik..hehe

teddy selfie :p

Majlis yg kedua di Kampung Surau Haji Daud pula.. baby yang diraikan kali ni adalah baby boy kawan baik husband saya. Tema pilihan beliau dengan isteri adalah royal yellow + off-white. Oleh kerana majlis ni diadakan bersama adik beliau yang juga baru melahirkan bayi perempuan, warna tema telah ditambah dengan sedikit warna pink.

colour yang sangat ceria..tp x ramai yang berani mencuba..hehe

bila buka je lampu berubah pula jadi warna oren..huhu


my husband tiba2 ade addiction ambil gambar selfie teddy :p
Anda yang lain ape tunggu lagi??..mari la book dengan kami :D oh harga promo da tamat ye..we are upgrading to serve u better :))