Monday, 30 September 2013

Pakej B: 3 tones theme cradle Majlis Akikah di Kuala Telemong

Alhamdulillah masih dikurniakan rezeki oleh Allah..kali ni kami berpeluang menyediakan buaian bagi pakej B di Kampung Kuala Telemong, Hulu Terengganu. 1st time jejak kaki ke sana..hehe. Terima kasih kepada Cikgu Mimie & keluarga kerana sudi hire kami untuk majlis meraikan putera anda..

Alhamdulillah feedback yang diterima sangat memberangsangkan.. Bagi kami kepuasan pelanggan amatlah dititikberatkan..Sementelah jejak yang masih baru dibidang ini.. Kerana last minute deal kami minta maaf banyak2 x dapat realisasikan warna tema impian anda. Hopefully kita akan bekerjasama lagi di masa hadapan :p

Gabungan 3 tones colors 

Pakej B:RM220 sahaja..tempahlah slot anda sekarang :)



Saturday, 28 September 2013

Pakej-pakej Sewaan Buai





Pakej A :  Buai sahaja(RM150)

Item-item yang disertakan:
  1. Buai
  2. Set Tilam (satin off white)
  3. Kain Skirting buai (satin off white)
  4. Bunga Hiasan buai
a
Set Buai Berendoi - Pakej A


Pakej B: Buai dan aksesori (RM220)

Item-item yang disertakan:
  1. Buai
  2. Set Tilam (satin off white)
  3. Kain Skirting buai (satin off white)
  4. Bunga Hiasan buai
  5. Bunga Hiasan kiri & kanan (Pasu / Stand)
  6. Bantal Hiasan Buai (4 unit)
  7. Kain Bulu untuk karpet
Set Buai Berendoi - Pakej B

Set Buai Berendoi - Pakej B


Pakej C: Set lengkap (RM350)

Item-item yang disertakan:
  1. Buai
  2. Set Tilam (satin off white)
  3. Kain Skirting buai (satin off white)
  4. Bunga Hiasan buai
  5. Bantal Hiasan Buai (4 unit)
  6. Kain Background mengikut tema
  7. Bunga Hiasan Background
  8. Kain Bulu untuk karpet
Anda boleh memilih dua item tambahan:

  • Meja Hiasan
  • Kotak dan Bebola Hiasan
  • Lampu Hiasan kiri & kanan
  • Bunga Hiasan kiri & kanan
Set Buai Berendoi - Pakej C1
Set Buai Berendoi - Pakej C2


Pakej D: Set Istimewa (RM390)

Item-item yang disertakan adalah:


  1. Buai
  2. Set Tilam (satin off white)
  3. Kain Skirting buai (satin off white)
  4. Bunga Hiasan buai
  5. Bunga Hiasan kiri & kanan (Pasu / Stand)
  6. Bantal Hiasan Buai (4 unit)
  7. Lampu Hiasan kiri & kanan
  8. Meja Hiasan beserta Lampu
  9. Kotak dan Bebola Hiasan
  10. Kain Background mengikut tema
  11. Bunga Hiasan Background
  12. Kain Bulu untuk karpet

Set Buai Istimewa Pakej D




 Nota kaki:
  1. Harga bagi pakej A hingga D adalah termasuk kos penghantaran dan pemasangan bagi bagi daerah Kuala Terengganu. 
  2. Untuk penyewa di luar daerah, kos penghantaran dan pemasangan adalah bergantung kepada jarak perjalanan.
  3. Tempoh sewaan adalah 3 hari sahaja. Kiraan hari adalah termasuk hari barang-barang dihantar & ambil. (Contoh: hantar dan pasang hari Khamis, pemulangan adalah pada hari Sabtu)
  4. Deposit tempahan adalah ½ harga pakej yang dipilih. Sekiranya berlaku pembatalan, pemulangan deposit adalah separuh daripada yang dibayar.
  5. Anda digalakkan membuat tempahan awal bagi mengelakkan kekecewaan sekiranya tempahan sudah penuh untuk tarikh majlis anda  

Peringatan:
Sebarang kerosakan semasa tempoh sewaan adalah tanggungjawabpenyewa dan caj akan dikenakan mengikut jenis-jenis kerosakan


Thursday, 26 September 2013

Post Seminar Mengajar Bayi Al-Quran Kaedah Darwish & Darwisya

Lanjutan dari promo post saya dulu..hari ni saya nak bercerita berkenaan seminar yang alhamdulillah saya telah hadiri pada 17hb September yang lepas di Hotel Seri Malaysia, Kuala Terengganu. Saya baru je mengenali blog mereka pada bulan Mac tahun ni & saya ikuti promo2 seminar IPN ni.. tapi semuanya diadakan di sekitar KL & Selangor. Tapi mungkin Allah ingin membantu, akhirnya pd bulan Julai tempohari IPN war2kan seminar mereka akan dibuat di Terengganu.. Syukur...

We pray for Egypt (pict credit to fb IPN)

Seminar ni cuma ambil masa dari 9-5pm tapi jangkamasa 7-8 jam tu rasanya x cukup untuk berkongsi pengalaman & ilmu cara2 mendidik bayi Al-Quran. Terlalu banyak persoalan & cerita2 yang ingin dikorek daripada pengasas IPN sendiri, Pn Lina. I call her Kak Lina je.. Sebab its not a straight kind of educational talk but more to santai.. Penceramah pun bercakap secara informal.

 Kak Lina in action (pict credit to fb IPN)
The best part dalam seminar ialah keyakinan yang diberi kepada ibu bapa. Kita x perlu jadi ustaz or ustazah untuk ajar anak Al-Quran. As Kak Lina sendiri dulu bekerja dalam dunia korporat. Bukan seorang ustazah & bukan juga orang alim. Dia orang yg sangat moden tapi hidayah Allah tu mengatasi jangkauan kita sebagai manusia. Dia diberi hidayah menerusi ilmu & minat beliau yang suka membaca. Subhanallah beliau bukan saja mampu mengajar anak Al-Quran tapi turut mengajar mereka ilmu-ilmu lain seperti kemahiran menguasai 3 jenis bahasa (Malay, Eng & Arabic), berenang, seni mempertahankan diri & public speaking. 

Menghafal Al-Quran x semestinya end up jadi penceramah /ustaz2 terhad di Madrasah. Why not kita jadikan anak2 kita Muslim Profesional. Kalo jd doktor, jd doktor yang faham agama & hafal Al-Quran..kalo jadi businessman jadi la businessman yg faham agama & hafal Al-Quran.. Subhanallah..menarik bukan..sangat2 inspiring.. Dalam hati ni tertanam dah keinginan untuk jadikan anak seorang muslim yang hafal Al-Quran.

Part of mengajar anak2, ade jugak terselit beberapa video tentang ape yang terjadi di dunia kita sekarang.. peperangan, perpecahan umat Islam di dunia Arab khususnya, bukan benda yang baru terjadi..semua ni dah tertulis dalam Al-Quran. Hadis Rasulullah pun ada sebut tentang semua ni. Cuma kita atau saya khususnya memang lalai & x pernah ambil tahu semua ni..See the seminar itself give self reflect on me more than what i want for my son.. memang susah nak kata...sangat menyentuh hati..macam satu pukulan yang bangunkan diri dari tidur..

Pengasas bersama IPN  (pict credit to fb IPN)
So for those yang nak experience sendiri pengalaman macam ni boleh la join seminar yang dianjurkan oleh IPN ni..Bukan saja ajar anak Al-Quran tapi IPN ada kursus mengajar anak mental arithmetic. this courses pun sehari juga, fokus untuk ajar anak umur 4 thn matematik..kalo tgk video anak Kak Lina, Darwish anda akan faham ape kelebihannya mengajar anak mental arithmetic ni..umur 4 tahun bukan setakat pandai hafal Al-Quran tp boleh buat kira2 matematik yg complex.

Untuk ibu bapa yang masih x tau..umur anak 7 tahun adalah jarak umur yang da terlalu lewat untuk mengajar anak. Sebetulnya anak2 perlu dididik dari umur mereka 0-6 tahun kerana dalam umur yg kurang dr 7 ini penguasaan kuasa minda mereka lebih tinggi kerana pada usia ini mereka hanya menggunakan otak sebelah kanan. Nak tau lebih lanjut shd u join the seminar yourself. trust me memang berbaloi2 & worth every penny :D

Sunday, 22 September 2013

Like our Pesbuk :D

I'm so lame..da lama post2 blog baru teringat i haven't made any post bout our fb page. Actually page ni wujud dulu sebelom blog..huhu no wonder ade yang tanya2..i tot eh ade kan link kat blog..tp sape la perasan..tsk tsk tsk...i shud letak fb badges tp i letak one small word je so memang la xde yg perasan..huhu

ok readers..we do have fb page on facebook..feel free to like our own Buai Rayyan.. but worry not..each time saya update fb sy akan update blog sekali..we monitor both :)


Like Like Like!!! :D

Kepada client2 yg dikasihi juga, jgn risau kami ambil tempahan anda even last minute..tp untuk booking last minute tema warna pilihan anda terhad kepada apa colour yang kitorang ada sahaja..meaning kalo nak colour2 baru yang xde dlm list memang x boleh la ye..then bergantung juga kepada availability..kalo tarikh tu dah ade org book, minta maaf banyak2..sy cuba tolong lain kali..hehe

Follow us on fb k..twitter tu xde pun..web master lupa remove..huhu 

Untuk tempahan boleh pm/call/sms/whatsapp kitorang k :))


Thursday, 19 September 2013

Majlis Akikah Baby Adyan - Taman Medan Jaya, Rusila

Minggu ni kitorang pasang buai di Rusila, Marang pula. Majlis untuk baby Adyan diadakan sekali dengan majlis sambut menantu unclenya di Dewan Komuniti Taman Medan Jaya. Family baby ni & kitorang, orang Ganu panggil anok-beranok je..hehe. Tq to Nenda baby Adyan, Tengku Nor Zuraidah sebab sudi hire kitorang. Sambil-sambil tu sempat jugak promote kat sedara mara yang lain :p

Good news kepada orang Kuala Terengganu, sesiapa berminat nak guna Kumpulan Marhaban untuk majlis korang boleh la contact kitorang sekali. Kumpulan Marhaban ni dari Taman Medan Jaya ni juga. Untuk lebih info & berapa bayaran boleh pm kitorang ye :D

Theme blue-off-white


Ni la Kumpulan Marhabannya..baju sedondon

Baby Adyan 


Pengantin bersanding diiringi marhaban


Last but not least..we have our official model this week 

Rayyan - The owner :D


 

Monday, 9 September 2013

Majlis Akikah Wan Fatimah Al-Hana

Alhamdulillah..syukur pada Allah masih berkesempatan update blog..akhirnya ade juga majlis baby girl..sebelum2 ni sume yang menyewa buai just boys..huhu ok majlis kali ni diadakan di Jalan Kamaruddin. We were appointed by baby's aunty..Kak Ya..Thank you so much Kak Ya..buai ni kata Kak Ya hadiah untuk adindanya yang baru melahirkan baby..Kak Ya ambil pakej A dan tema pilihan ialah pink & off white.

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar & ramai yang suka dengan buai ni :))

Buai sangat compliment dengan wallpaper kat belakang

Bagusnye baby Hana..senyap je duk dalam buai

Ok picture time :)


Monday, 2 September 2013

Majlis Akikah Merdeka Muhammad Aryan Mikhael

 Salam Kemerdekaan to all Malaysian.. Majlis kali ni diadakan di Pantai Pandak Chendering, Kuala Terengganu. Majlis akikah Muhammad Aryan Mikhael bertemakan warna biru & merah jambu (blue-pink). Seperti yang diminta oleh mommy mikhael..hiasan kali ni lebih santai..less flower arrangement.. deco yang simple tapi sedap mata memandang..hehe

Kami dari team Buai Rayyan would like to thank Mr Piey & Mrs Gee for hiring us. Alhamdulillah feedback yang diterima sangat2 baik..So sweet of u Gee :) Kepada yang masih mencari2 servis buai berendoi dengan harga yang berpatutan boleh hubungi kami untuk tempahan. Insyaallah kami akan berikan servis yang terbaik untuk anda. Till then..enjoy the pictures :D





 


Sporting sungguh  Mommy Mikhael g cuci gambar letak dalam frame ni 

Overall Deco