Sunday 15 December 2013

Pink Purple di Bukit Payong

Alhamdulillah..Majlis di Bukit Payong lagi kita :) Kali ni tempahan oleh Puan Jie utk baby girl beliau. Sebelum bersalin lagi beliau da hubungi saya untuk tempah buai. Alhamdulillah Allah panjangkan jodoh urusan kami, akhirnya 7hb Dis selesai la majlis yang dirancang.

Kepada Jie & keluarga terima kasih banyak2 sudi hire kami. Sekiranya ada kekurangan mohon di halalkan. For you viewers enjoy the pictures :)

bunga telur teddy bear tu client punya yer..


Thursday 12 December 2013

Majlis Aqiqah Baby Marsya - Durian Burung

Assalammualaikum to all viewers.. Majlis kali ni diadakan di Durian Burung pula.. Ibu kepada si comel Marsya ini, Puan Jaa request kepada kami tema soft purple & white. Ramai juga yang suka purple..saya pun suka juga..its also an alternate colour to replace pink for baby girl..sangat sweet :)

Terima kasih Jaa for hiring us..feedback anda amat2 kami hargai..Besar rasa hati dapat memenuhi permintaan customer & see their happy face :)


Monday 9 December 2013

Pakej A dan Pakej B_harga rendah, majlis Meriah

Hari ni saya nak kongsikan dua majlis yang berbeza.. Dua2 majlis ni diadakan pada 22 & 24 Nov yang lepas...saya je yang belum berkesempatan nak kongsikan gambar dua2 majlis ni di blog..di fb sudah ade :)

Majlis yang pertama pada 22hbNov diadakan di Kampung Tapu, Banggol, Wakaf Tapai untuk bayi lelaki kepada Puan Wanie. Tema pilihan ibu baru ni ialah gabungan 3 tona warna biru, putih & ungu seperti yang pernah kami pasang di sini. Selalu dalam fikiran saya, kalo benda yang sama mesti customer yang x suka & mencari kelainan..tetapi hakikatnya...alhamdulillah ramai yang minta kami berikan dekorasi yang sama utk majlis mereka... walau ape pun saya cuba yang terbaik untuk beri sedikit kelainan.

Nak dijadikan cerita, hari semasa kami pasang buai di rumahWanie kebetulan fon suami saya habis bateri. so dapat amik gambar guna camera fon samseng saya je. kualiti memang ke laut..maaf


Blur kan gambar..terus buat wish pasni kena cari fon lain..hehe and Alhamdulillah jugak...Wanie bermurah hati kongsikan gambar majlisnya dengan kami.. Beliau sangat berpuas hati katanya :D  Terima kasih Wanie..u r so sweet :))

Ni la relevantnya menyewa buai utk majlis Aqiqah bayi anda..at least u have something to show them when they are bigger :)

And satu family boleh bergambar kenang-kenangan..x la kosong saja majlis ;)

Majlis yang kedua diadakan 2 hari selepas majlis Wanie di Wakaf Tapai. lepas berbalas msg di fb & whatsapp akhirnya Puan Laili decide nak menyewa buai sahaja iaitu Pakej A dan add-on karpet bulu. Oh ye memang saya open untuk add-on barang2 ye mommies. contohnya kalo ambil pakej B nak add-on backdrop pun boleh.. Tapi ade charge lain la ye..hehe

Gabungan warna yang diminta ialah purple-pink. sebabkn kepenatan ditambah anak x sehat minggu tu, sampai saya terlupa nak bawa reben yang da siap ke rumah Laili..sebabkan da otw masa tu sy decide singgah je kat mana2 kedai nak beli reben. Alhamdulillah jumpa pula Eco Shop yang jual bunga mainan yang ade muka smile tu..huhu terus beli dua utk letak di buai :p Last minit & alhamdulillah juga customer suka..fuhh lega :D

Malam tu juga Laili share gambar deko yang dia DIY sendiri untuk anaknya. Simple & cantik.. Memang dari dulu saya da war2kan..pakej A memang sesuai utk ibu2 yang suka DIY sendiri deko majlis baby mereka. Ni salah satu contoh.. Memang menarik & Laili anda memang creative.. da besar nanti mesti anak awak bangga dgn hasil kerja tangan mommynya ;)

see bunga pink kat kaki buai tu..comel kan..mujur jumpa :p
Hasil deko customer sendiri..cantikkan? simple tapi cantik
So kepada semua customer yang ade sedikit saja budget anda masih boleh memeriahkan majlis menyambut kelahiran bayi anda dengan pakej2 murah yang kami sediakan. Bukan saja harganya rendah tetapi cukup cantik & cukup menarik untuk menjadikan majlis anda lebih meriah :)

Kepada Pn Wanie & Pn Laili serta semua customer2 kami ucapkan berbanyak2 terima kasih sebab sudi menggunakan servis kami.. Halalkan semua ye..kalau ade terkurang ampun ye :D kepada yang berminat dgn hasil kerja kami, anda boleh pm, email, sms & whatsapp kami..any channel can :))

Wednesday 27 November 2013

Blue & pink theme for 2 cousins - Kg Pak Katak, Batu 6

Hello viewers..lama x update blog coz busy ngan preparation buai2 berendoi utk 3 majlis minggu lepas. Featured event ni guna buai twin yang baru. Thank you pada client Pn Suhaila & adiknya yang sudi menggunakan khidmat kami bagi meraikan putera & puteri mereka. 

Menjadi kebiasaan kami pasang buai sehari sebelum majlis diadakan..biasanya kul 5-6 kami da gerak ke rumah client. Tapi Allah sebaik2 perancang..untuk majlis kali ni, kami pasang agak lewat. jam 9mlm baru sampai ke rumah client. Baby Rayyan & sy dua2 demam. Nak buat flower arrangement pun terketar2. Rayyan pula temp 39-40 je..Allahuakbar..memang rasa nak pengsan..tapi sebabkan telah berjanji dengan client, gagahkan juga diri even rasa da nyawa2 ikan je malam tu..huhu

Alhamdulillah client & family dia suka..belum siap sepenuhnya pun dah banyak gambar diambil..lepas siap semua bersorak woooahhh!! then beratur2 paparazzi ambil gambar..hehe Subhanallah family diorang ni memang happening..Syukur sangat dapat client sporting mcm ni..hilang sket rasa sakit :D So inilah hasilnya....

Special package..full props..space is fully utilize 

After 2 hours..huhu

boleh ambil jadi model nih..hehe
Sekali lagi kami ucapkan terima kasih banyak2.. Di masa hadapan kalau ade lagi majlis yang memerlukan khidmat kami diharap jangan segan2...im just a phone call away...hehe

Bagi anda yang lain..sekiranya berminat dengan hasil kerja kami boleh lah call/sms/pm di fb/ email kami ye.. kami cuba membalas pertanyaan anda secepat mungkin :))

Tuesday 12 November 2013

Bekas makanan baby

Alhamdulillah semalam genap anak saya 10 bulan..huhu meaning dah 4 bulan since dia start consume solid food. Saya x nak sentuh bab pemakanan sebab saya rasa ramai mommies da pun tau. Saya just nak share berkenaan bekas simpan makanan..bukan ape teruja sebab akhirnya dapat bekas makanan idaman untuk Rayyan..hehe

Rayyan start solid masa umur dia 6 bulan 1 minggu.. Sy start ngan puree buah dulu.. So nak buat & simpan puree ni agak tricky sket bagi sy..sebab takut puree rosak. Ramai yg suggest ice container with lid yg dijual di giant tu tp masa saya cari stok habis sokmo. Baru2 ni je dapat beli huhu. Then as alternative sy just beli clear container mcm bekas dadih tu tapi with attach cap..so cap dia x hilang lepas kita basuh. Yang penting basuh & sterilize properly. Then nak bagi ke taska sy just masukkan sekali dlm cooler bag susu.

Sebenarnya sebelum dia start solid sy da pun beli bekas tupperware yg comel untuk baby tu..tapi masa makan puree x guna pun..sebab puree bg ke taska dlm bentuk ice cube..x perlu pun ganti2 bekas..so terperap la bekas tu sampai umur rayyan 7 bulan 2 minggu.. Masa ni sy start intro bubur. Masa ni la banyak kegunaan tupperware tuh..huhu pagi2 siapkn bubur masuk dlm tupperware then conceal dalam warmer bag susu..hehe sy malas nk bazir duit beli warmer bag lunch since this warmer bag pun x guna sangat.. Untuk budak breastfeed memang x berapa digunakan.. Bagus untuk ada tp bukan wajib..huhu

Tutup tupperware ni x boleh masuk sterilizer yer..nnt mengecut..alhamdulillah ade dua..satu bley guna satu lagi terpaksa buang tutupnya..huhu (pict credit to Google)
Since x banyak masa utk memasak, sy just buat sejenis bubur utk 2 kali makan then simpan dlm bekas makanan. Bekas ni sy guna jenama avent. Kenapa avent? Haa ade citer disebalik pembelian nih..huhu actually sy ade 2 set tupperware tu then sebab sy hygene freak sy pun basuh bekas tupperware tu then sterilize bekas tu dgn tutup die..sekali nak tutup bekas tu x muat..puas fikir kenapa..rupa2nya lid die da mengecut sebabkan kepanasan steam sterilizer T_T even tutup tupperware failed me..huhu with avent everything is handy..sume boleh steam..x yah risau tutup tu mengecut:D

Ni food storage yg terbaik..easy peasy :) (pict credit to Google)

Masa mengandung beli tp jarang guna..sebab tu tukar jadi bekas simpan makananan :p (pict credit to Google)
Then bila dia da besar sket ni sy survey pulak thermos makanan..budak da besar risau pulak kalo makanan die sejuk nak tunggu masa makan kat taska..so sy pun cari2 kat internet..mostly price rm80++ & above..yg jual di Giant ade yg lagi murah..tp takut panasnye x lama.. Cari punya cari sekali jumpa la thermos idaman hati di kedai Twins Baby kat KT nih.. Satu set just RM79.90 je..murah bagi sy sebab jenama Thermos..bekas dia kecik je..just nice nak letak bubur then nnt kalau dia besar boleh letak nasi panas & siap ade bekas lauk lagi. Set yg sy beli ni pun siap ada warmer bag..lega...huhu kalo di Jepun diorg panggil Bento set. Ade juga chopstick..huhuhu

So sekarang siapkn bekalan makanan dia jadi senang..sebab da siap masak masuk terus dlm termos, masuk terus dlm bag. X yah risau pasal tutup tupperware kembung. Hehe so siapa2 nak cari bekas makanan yg best boleh la beli set Thermos ni.. Senang.. Nak travel pun sangat2 senang.. X risau bekas rosak..x risau makanan sejuk..im a happy mother :D


cute kan? kecik je bekas2 nih..tp very convenience...heart this..worth every RM :p 





Monday 11 November 2013

Majlis Akikah Nur Ayesha Hazirah, Kg Machang Lada, Paya Resak

Majlis kesyukuran & akikah kali ni diadakan di Bukit Payong Kuala Terengganu. Tema pilihan ibu Ayesha ialah gabungan dua warna yang saya rasa cukup menarik iaitu black & pink. Tahniah kepada parent Ayesha atas kehadiran anak perempuan ke-3 yang comel ni. Terima kasih banyak-banyak En. Shaimee & Puan Rida sebab sudi menggunakan servis kami bagi memeriahkan majlis puteri anda :)



Pakej A..buai + hiasan 


buai da siap hias tinggal anda sediakan backgroundnya saja..in this case pasu besar (milik client) yang tersedia di kiri kanan cukup beri efek yg cantik sebagai dekorasi majlis

Monday 4 November 2013

Majlis Akikah Baby Raisya Humaira - Bukit Besar

Assalammualaikum to all viewers... This time majlis cuti Deepavali pula..hehe thanks to mommy Raisya, Puan Mirza Ali sebab sudi hire kitorang untuk set up buai berendoi bagi majlis meraikan puteri kesayangan :) majlis diadakan di kediaman ibu bapa Puan Mirza di Bukit Besar, Kuala Terengganu.

Tema kali ni memang lain dari yang pernah kita buat dulu..usually kalo majlis girl most mommies akan choose pink as their main colour..blue for boys..but this time we go yellow for baby Raisya :)

Royal Yellow mixed up with grey & orange
Nice colour combination right? Pakej hiasan macam ni hanya RM220..buai berendoi yang cantik, hiasan cantik & harga sangat affordable.. so for mommies out there if u still searching for decorator for ur little princes & princesses akikah, do drop us ur email/sms/whatsapp..we'll try to get back to u ASAP. We still have open slots for Nov & Dis. Book yours now :)

Wednesday 30 October 2013

Majlis AKikah & Berendoi Muhammad Alif Naufal @Negeri Sembilan

Tengok title je mesti ramai yang confuse..kitorang ni based KT ke N9..Actually kalau ade tag majlis negeri sembilan tu, majlis tu untuk anak beranak saya je.. saya org negeri sembilan..hehe kita masih lg based kat Kuala Terengganu & ambil order utk Terengganu saja :D

Majlis kali ni kita guna buai yang baru saja disiapkan oleh supplier kami. Buai ni besar ye tuan-tuan & puan-puan. Specially design for twin babies & double babies celebration. Kita dapat banyak pertanyaan samada buai sedia ada boleh muat x untuk 2 org bayi. Yang dulu sy was-was gak nk jawab tp sekarang x lagi..hehe Buai baru ni insyaallah boleh cater keperluan anda.hehe

Majlis ni special for my new nephew, Naufal. Tema pilihan adik saya hijau-biru. Alhamdulillah the colour came out nicely..pheww ;) Since nak bawak banyak barang balik kampung, kami ambil kesempatan gunakan curtain flower lighting yang baru je beli untuk highlight pelamin Naufal ni. Syukur..cantik juga hasilnye..hehe 

So to all viewers yang cari buai untuk 2 orang baby boleh la hubungi kami untuk pertanyaan dan tempahan. Harga still berpatutan ye.. kami x letak harga yang terlalu mahal untuk anda. Bagi buai baru ni, hanya perlu tambah RM30 daripada harga setiap pakej yang ada. 


Overall pelamin

another view of the new cradle

X sia2 beli..outcome sangat cantik guna curtain flower lighting baru ni

Naufal yang pakai baju stripe tu ye..the blue romper's baby my nephew juga..dah 5 bulan umurnya..masuk diorang berdua ni still nampak ade ruang lagi dlm buai.. kalo masuk sorang lagi pun muat :p


Buai baru untuk tahun depan pun da ade sebenarnye..tp tu tunggu baby my sister in law keluar dulu..sebab that cradle fully sponsored by my parent in law & specially bought untuk future baby tu..rezeki si kecil..kami tumpang tuah nya saja..hehe

So anda tunggu ape lagi ..cepat-cepat book ye :D




Monday 21 October 2013

Majlis Akikah Qisya Hanina - Kg Laut

Majlis kali ni diadakan di Kampung Laut, Kuala Terengganu. Tema pilihan biru-pink. Majlis ni juga boleh dikatakan 'repeat order' hehe..sebab sebelum ni 2 orang cousins dia da menyewa dengan kami.. tq so much guys..terima kasih sebab hire kami untuk majlis baby2 anda.

Start minggu depan kami da ade buai baru..Nantikan kemunculannya :p..order masih lg dibuka..hubungi kami untuk sebarang tempahan & pertanyaan




Sunday 20 October 2013

Majlis Akikah Mariam Arissa - Setiu, Terengganu

Tq Puan Elly for hiring us..harap-harap berpuas hati dgn buai kami :) Kepada orang Terengganu yang mahu menyewa buai seperti ini boleh hubungi kami untuk tempahan ;)

kalau anda amik pakej ni, anda jimat masa sebab buai da siap dihias..selain tu  boleh deco sendiri majlis anda mengikut citarasa

Tema Majlis: Pink - Pastle Brown
Pakej: Pakej A (Buai Sahaja RM150)
Lokasi: Setiu, Terengganu
sweet pink for girls


i made this flower..easy diy + money saving..but the outcome was so grande :)






Monday 14 October 2013

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua Muslim & Selamat berpuasa kepada yang berpuasa hari ini..kepada yang x berkemampuan berpuasa pada hari ni, perbanyakkan amal ibadat, sedekah, zikir...semoga kita sama2 memanfaatkan Hari Arafah untuk tambah saham akhirat..semoga Allah menerima ibadah kita..Aminn...Insyaallah

Pict credit to I Luv Islam.Com

Kepada customer yang mencari buai berendoi untuk meraikan 2 org bayi dalam satu majlis/ bagi yang baru menyambut anak kembar, buai berendoi twin akan mula dibuka untuk sewaan pada BULAN NOVEMBER nanti. Sila tempah slot anda sekarang bagi mengelakkan kekecewaan sekiranya kami x available ;)

Monday 30 September 2013

Pakej B: 3 tones theme cradle Majlis Akikah di Kuala Telemong

Alhamdulillah masih dikurniakan rezeki oleh Allah..kali ni kami berpeluang menyediakan buaian bagi pakej B di Kampung Kuala Telemong, Hulu Terengganu. 1st time jejak kaki ke sana..hehe. Terima kasih kepada Cikgu Mimie & keluarga kerana sudi hire kami untuk majlis meraikan putera anda..

Alhamdulillah feedback yang diterima sangat memberangsangkan.. Bagi kami kepuasan pelanggan amatlah dititikberatkan..Sementelah jejak yang masih baru dibidang ini.. Kerana last minute deal kami minta maaf banyak2 x dapat realisasikan warna tema impian anda. Hopefully kita akan bekerjasama lagi di masa hadapan :p

Gabungan 3 tones colors 

Pakej B:RM220 sahaja..tempahlah slot anda sekarang :)



Saturday 28 September 2013

Pakej-pakej Sewaan Buai





Pakej A :  Buai sahaja(RM150)

Item-item yang disertakan:
  1. Buai
  2. Set Tilam (satin off white)
  3. Kain Skirting buai (satin off white)
  4. Bunga Hiasan buai
a
Set Buai Berendoi - Pakej A


Pakej B: Buai dan aksesori (RM220)

Item-item yang disertakan:
  1. Buai
  2. Set Tilam (satin off white)
  3. Kain Skirting buai (satin off white)
  4. Bunga Hiasan buai
  5. Bunga Hiasan kiri & kanan (Pasu / Stand)
  6. Bantal Hiasan Buai (4 unit)
  7. Kain Bulu untuk karpet
Set Buai Berendoi - Pakej B

Set Buai Berendoi - Pakej B


Pakej C: Set lengkap (RM350)

Item-item yang disertakan:
  1. Buai
  2. Set Tilam (satin off white)
  3. Kain Skirting buai (satin off white)
  4. Bunga Hiasan buai
  5. Bantal Hiasan Buai (4 unit)
  6. Kain Background mengikut tema
  7. Bunga Hiasan Background
  8. Kain Bulu untuk karpet
Anda boleh memilih dua item tambahan:

  • Meja Hiasan
  • Kotak dan Bebola Hiasan
  • Lampu Hiasan kiri & kanan
  • Bunga Hiasan kiri & kanan
Set Buai Berendoi - Pakej C1
Set Buai Berendoi - Pakej C2


Pakej D: Set Istimewa (RM390)

Item-item yang disertakan adalah:


  1. Buai
  2. Set Tilam (satin off white)
  3. Kain Skirting buai (satin off white)
  4. Bunga Hiasan buai
  5. Bunga Hiasan kiri & kanan (Pasu / Stand)
  6. Bantal Hiasan Buai (4 unit)
  7. Lampu Hiasan kiri & kanan
  8. Meja Hiasan beserta Lampu
  9. Kotak dan Bebola Hiasan
  10. Kain Background mengikut tema
  11. Bunga Hiasan Background
  12. Kain Bulu untuk karpet

Set Buai Istimewa Pakej D




 Nota kaki:
  1. Harga bagi pakej A hingga D adalah termasuk kos penghantaran dan pemasangan bagi bagi daerah Kuala Terengganu. 
  2. Untuk penyewa di luar daerah, kos penghantaran dan pemasangan adalah bergantung kepada jarak perjalanan.
  3. Tempoh sewaan adalah 3 hari sahaja. Kiraan hari adalah termasuk hari barang-barang dihantar & ambil. (Contoh: hantar dan pasang hari Khamis, pemulangan adalah pada hari Sabtu)
  4. Deposit tempahan adalah ½ harga pakej yang dipilih. Sekiranya berlaku pembatalan, pemulangan deposit adalah separuh daripada yang dibayar.
  5. Anda digalakkan membuat tempahan awal bagi mengelakkan kekecewaan sekiranya tempahan sudah penuh untuk tarikh majlis anda  

Peringatan:
Sebarang kerosakan semasa tempoh sewaan adalah tanggungjawabpenyewa dan caj akan dikenakan mengikut jenis-jenis kerosakan


Thursday 26 September 2013

Post Seminar Mengajar Bayi Al-Quran Kaedah Darwish & Darwisya

Lanjutan dari promo post saya dulu..hari ni saya nak bercerita berkenaan seminar yang alhamdulillah saya telah hadiri pada 17hb September yang lepas di Hotel Seri Malaysia, Kuala Terengganu. Saya baru je mengenali blog mereka pada bulan Mac tahun ni & saya ikuti promo2 seminar IPN ni.. tapi semuanya diadakan di sekitar KL & Selangor. Tapi mungkin Allah ingin membantu, akhirnya pd bulan Julai tempohari IPN war2kan seminar mereka akan dibuat di Terengganu.. Syukur...

We pray for Egypt (pict credit to fb IPN)

Seminar ni cuma ambil masa dari 9-5pm tapi jangkamasa 7-8 jam tu rasanya x cukup untuk berkongsi pengalaman & ilmu cara2 mendidik bayi Al-Quran. Terlalu banyak persoalan & cerita2 yang ingin dikorek daripada pengasas IPN sendiri, Pn Lina. I call her Kak Lina je.. Sebab its not a straight kind of educational talk but more to santai.. Penceramah pun bercakap secara informal.

 Kak Lina in action (pict credit to fb IPN)
The best part dalam seminar ialah keyakinan yang diberi kepada ibu bapa. Kita x perlu jadi ustaz or ustazah untuk ajar anak Al-Quran. As Kak Lina sendiri dulu bekerja dalam dunia korporat. Bukan seorang ustazah & bukan juga orang alim. Dia orang yg sangat moden tapi hidayah Allah tu mengatasi jangkauan kita sebagai manusia. Dia diberi hidayah menerusi ilmu & minat beliau yang suka membaca. Subhanallah beliau bukan saja mampu mengajar anak Al-Quran tapi turut mengajar mereka ilmu-ilmu lain seperti kemahiran menguasai 3 jenis bahasa (Malay, Eng & Arabic), berenang, seni mempertahankan diri & public speaking. 

Menghafal Al-Quran x semestinya end up jadi penceramah /ustaz2 terhad di Madrasah. Why not kita jadikan anak2 kita Muslim Profesional. Kalo jd doktor, jd doktor yang faham agama & hafal Al-Quran..kalo jadi businessman jadi la businessman yg faham agama & hafal Al-Quran.. Subhanallah..menarik bukan..sangat2 inspiring.. Dalam hati ni tertanam dah keinginan untuk jadikan anak seorang muslim yang hafal Al-Quran.

Part of mengajar anak2, ade jugak terselit beberapa video tentang ape yang terjadi di dunia kita sekarang.. peperangan, perpecahan umat Islam di dunia Arab khususnya, bukan benda yang baru terjadi..semua ni dah tertulis dalam Al-Quran. Hadis Rasulullah pun ada sebut tentang semua ni. Cuma kita atau saya khususnya memang lalai & x pernah ambil tahu semua ni..See the seminar itself give self reflect on me more than what i want for my son.. memang susah nak kata...sangat menyentuh hati..macam satu pukulan yang bangunkan diri dari tidur..

Pengasas bersama IPN  (pict credit to fb IPN)
So for those yang nak experience sendiri pengalaman macam ni boleh la join seminar yang dianjurkan oleh IPN ni..Bukan saja ajar anak Al-Quran tapi IPN ada kursus mengajar anak mental arithmetic. this courses pun sehari juga, fokus untuk ajar anak umur 4 thn matematik..kalo tgk video anak Kak Lina, Darwish anda akan faham ape kelebihannya mengajar anak mental arithmetic ni..umur 4 tahun bukan setakat pandai hafal Al-Quran tp boleh buat kira2 matematik yg complex.

Untuk ibu bapa yang masih x tau..umur anak 7 tahun adalah jarak umur yang da terlalu lewat untuk mengajar anak. Sebetulnya anak2 perlu dididik dari umur mereka 0-6 tahun kerana dalam umur yg kurang dr 7 ini penguasaan kuasa minda mereka lebih tinggi kerana pada usia ini mereka hanya menggunakan otak sebelah kanan. Nak tau lebih lanjut shd u join the seminar yourself. trust me memang berbaloi2 & worth every penny :D

Sunday 22 September 2013

Like our Pesbuk :D

I'm so lame..da lama post2 blog baru teringat i haven't made any post bout our fb page. Actually page ni wujud dulu sebelom blog..huhu no wonder ade yang tanya2..i tot eh ade kan link kat blog..tp sape la perasan..tsk tsk tsk...i shud letak fb badges tp i letak one small word je so memang la xde yg perasan..huhu

ok readers..we do have fb page on facebook..feel free to like our own Buai Rayyan.. but worry not..each time saya update fb sy akan update blog sekali..we monitor both :)


Like Like Like!!! :D

Kepada client2 yg dikasihi juga, jgn risau kami ambil tempahan anda even last minute..tp untuk booking last minute tema warna pilihan anda terhad kepada apa colour yang kitorang ada sahaja..meaning kalo nak colour2 baru yang xde dlm list memang x boleh la ye..then bergantung juga kepada availability..kalo tarikh tu dah ade org book, minta maaf banyak2..sy cuba tolong lain kali..hehe

Follow us on fb k..twitter tu xde pun..web master lupa remove..huhu 

Untuk tempahan boleh pm/call/sms/whatsapp kitorang k :))


Thursday 19 September 2013

Majlis Akikah Baby Adyan - Taman Medan Jaya, Rusila

Minggu ni kitorang pasang buai di Rusila, Marang pula. Majlis untuk baby Adyan diadakan sekali dengan majlis sambut menantu unclenya di Dewan Komuniti Taman Medan Jaya. Family baby ni & kitorang, orang Ganu panggil anok-beranok je..hehe. Tq to Nenda baby Adyan, Tengku Nor Zuraidah sebab sudi hire kitorang. Sambil-sambil tu sempat jugak promote kat sedara mara yang lain :p

Good news kepada orang Kuala Terengganu, sesiapa berminat nak guna Kumpulan Marhaban untuk majlis korang boleh la contact kitorang sekali. Kumpulan Marhaban ni dari Taman Medan Jaya ni juga. Untuk lebih info & berapa bayaran boleh pm kitorang ye :D

Theme blue-off-white


Ni la Kumpulan Marhabannya..baju sedondon

Baby Adyan 


Pengantin bersanding diiringi marhaban


Last but not least..we have our official model this week 

Rayyan - The owner :D