Friday 29 May 2015

OFFER hari ni

ok hari ni mood baik nak buka special OFFER :))
RM350 untuk buai single
RM400 untuk buai twin

No additional charges untuk jarak perjalanan bawh 20km..
Sampai cuti sekolah tamat ye OFFER ni..

Wasap Yana 0139665050

Buai Single RM350

Buai Twin RM400

Monday 25 May 2015

PROMOSI CUTI SEKOLAH 29MEI- 13JUN 2015

Salam semua...

Da jumpa ke buai berendoi untk majlis akikah & cukur jambul baby cuti sekolah ni??? kalo belum meh intai2 sket promo & pakej kami yang awesome ni..semestinya design yg fabulous & sangat2 affordable...






cantik x blink2?? RM400 
..
Ni memang eye catching la..RM450 je..percayala :D

Eh Hello Kitty theme pun ada?? ye ada..comel kan? RM400 untuk buai singla..RM450 untuk twin..
reaksi yg selalu kami terima..."murahnyeeeee...cantik2 pulak tu" :D

lagi lagi lagi...penghantaran &pemasangan free je untuk jarak perjalanan kurang 20km dr tempat kami...sampai mana tu??

-tepoh
-seberang takir
-batu 6
-manir
-bukit payung dll;

semua2 tempat tu FREE blake...

camne nk tempah???

pilih je kat bawah ni:

1) Whatsapp Yana 0139665050
2) www.facebook.com/buairayyan

tempah sekarang!!!! ;D




Thursday 21 May 2015

Buai Rayyan Buai Berendoi

Assalammualaikum semua..

Lama x bersiaran..tp sy masih aktif lagi menjalankan bisnes buai ni :) update banyak di muatkan di FACEBOOK kami.. Alhamdulillah masih ade rezeki dan permintaan dari customer di Terengganu nih.

So hari ni kita nak info sikit la pasal Buai Rayyan..ada yang dah kenal & ada yang masih baru ingin mengenali kami.. so meh kita citer2 sket..just sebagai memberi info pada customer & senang untuk anda semua menjejaki kami..hehe

Apa sebenarnya buai berendoi ni?

Ni info yang sy dapat dari Wikipedia 

"Berendoi berasal daripada kata “endoi”, iaitu buaian yang lazimnya digunakan untuk menidurkan bayi atau kanak-kanak. Berendoi adalah bentuk persembahan yang berunsur keagamaan. Lagu-lagunya adalah berunsur nasihat kepada anak-anak dan juga ibu bapa.
Berendoi dipercayai berasal dari negeri Perlis bermula sekitar tahun 1930-an, dan kini juga terdapat di Kedah. Peralatan persembahan ialah sebuah “endoi” atau buaian digantung di tengah-tengah rumah, air satu jag dan juga sirih pinang yang diletakkan di dalam tepak sireh. Upacara berendoi ini boleh diadakan pada siang atau malam hari.
Satu kumpulan endoi biasanya berjumlah empat atau lebih. Upacara berendoi akan dimulakan dengan bacaan Maulud dan lagu yang didendangkan ialah Selawat Nabi sebelum diikuti dengan lagu-lagu lain. Isi lagu-lagu berendoi berupa puji-pujian kepada nabi dan juga nasihat kepada kanak-kanak dan juga ibu bapa. Jumlah lagu yang didendangkan pada setiap kali persembahan bergantung pada kehendak tuan rumah.
Untuk pakaian persembahan, selalunya kaum lelaki memakai baju Melayu, bersongkok putih atau berserban dan berkain. Jika kumpulan berendoi itu terdiri daripada kaum wanita sahaja, maka pakaiannya adalah seperti mana yang lazim dipakai oleh wanita hari ini, iaitu berbaju kurung dan bertudung. Berendoi berfungsi alat hiburan dan pengajaran serta nasihat supaya anak mendengar nasihat ibu bapa. Nasihat bercorak agama disampaikan melalui lagu-lagu Nabi Muhammad dan Rukun Islam yang menceritakan sejarah nabi dan kehidupan nabi."

Di negeri kelahiran saya sendiri di Negeri Sembilan kebiasaaannya majlis akikah bayi pasti akan turut dihiasi dengan majlis berendoi ni, tidak mengira rupa buai. Yang pasti mesti ada buai berhias disediakan. Dan yang istimewanya kami di Negeri Sembilan buai bukan sahaja dihias dengan hiasan bunga & kain tetapi turut dihias dengan makanan ringan seperti gula-gula, jajan & coklat.. unik kan...usai saja majlis marhaban tuan rumah akan mengambil bayi dari buai & kanak-kanak (ada juga mak budak..hehe) akan berebut-rebut mengambil makanan tersebut. 



see..meriahkan..hehe ni rumah my aunt..berendoi cucu dia
Bukan ritual apa-apa pun just aktiviti yang memeriahkan majlis..ape signifikasinye buat mcm tu saya sendiri tiada jawapan..dari sudut pandangan saya hanya untuk memeriahkan majlis :D

Berbeza di Terengganu, majlis akikah & cukur jambul bayi diadakan secara ringkas. Usai marhaban bayi akan dibawa untuk mengelilingi hadirin yang datang untuk di potong sedikit2 rambutnya.

Namun kemudahan mendapatkan  informasi dari media membuatkan budaya & adat yang dahulunya dilakukan di negeri-negeri lain pada masa ini turut juga dilakukan di Terengganu sendiri.

Kami di Buai Rayyan adalah antara pihak yang mengusahakan pakej sewaan buai berendoi untuk majlis akikah & cukur jambul di Terengganu. Kami turut menyediakan sewaan mini pelamin bagi majlis tunang & sambut menantu. 

Semua gambar yang kami upload adalah hasil kerja tangan kami sendiri..tiada copy paste gambar org lain ye..its a big NO NO ambil hasil kerja org lain untuk promote servis sendiri (eh ter...EMO..pula..hehe)

"X tau macam mana nak cari kami??"  "mana nak tengok gambar2 terbaru??"

jgn risau meh sy bagi link2 saluran yang betul tepat & jitu untuk anda semua dekat dengan kami

1- SMS/ Call/Whatsapp Yana 0139665050 
    (sy la owner..sy la kuli..sy la tukang update blog..sy la decorator majlis..sy la semuanya..Hi! :)             jangan risau semua pertanyaan anda sy yang akan jawab..muehehe)

2- Facebook fAN pAGE: BUAI RAYYAN
    like us on FB, drop us a message..give us ur contact no. we will get back to u..sy akan jawab jgn         risau..x nak tempah buai tapi nak tanya2 pun xpe..i will be at ur service :D

3- Facebook ID: Buai Rayyan Berendoi
    susah nak balas2 msg di fan page boleh je add saya kat fb ni.. senang kan nak chat2 guna                     messenger..boleh2 silakan..

4-Email: adimac.mini@gmail.com
   mcm x ramai dah org tanya guna email sekarang...tapi pada yg suka cara ni x de masalah..nah tu          alamatnya

5- Instagram IG --errr yang ni x terbuat lagi...outdated sy ni kan..i know i know..huhu later k..coming       sooooonnnnn. nnt da ada insta jgn x follow pulak..meh ber hashtag sama2 :D

so jangan lupa ye..berminat nk sewa..x tau nk cari mana..just drop us ur contact number ;)

latest dr kami..RM450 je..cantikkan? murahkan? tunggu ape lg..hehe