Sunday 21 September 2014

PAKEJ PROMO LAGI!

Salam everyone..sy lupa pula nak post di blog pakej promo ni..huhu

re-post fro our FB page : Buai Rayyan

Sempena wedding anniversary kami yg ke-3 hari ni 11sept n sempena hari lahir kami yg ke-30..sy buka promosi utk pakej ini dgn harga mampu milik RM350. Untuk buai single-A & twin-A saja ye. Dua2 buai harga sama. Promosi sampai hujung bulan 10. Bulan 11-12 kita akan start pakej DIY. Sy nak berehat n beri laluan pada majlis kahwin adik sy. Harga dah murah ni, ape lg jom book sekarang :)

DOnt miss out..when its gone, its gone:p


Latest backdrop design..only RM350 
Anything nak tanya berkenaan servis/ pakej kami boleh direct whatsapp/sms/call sy Yana: 013-9665050..no husband sy x aktif buat masa sekarang sebab dia masih lg berkursus.
Sorry for the inconvenience :)

Saturday 6 September 2014

susu ibu vs susu kambing

Salam semua..hari ni nak share pasal pemberian susu kepada anak/ bayi umur bawah 2 tahun. Sebelum ni sy ada war2kan kat fb yg sy masih lg continue breastfeed Rayyan..

Tapi kuasa Allah kan..kita hanya merancang & berusaha tapi Allah adalah sebaik2 perancang. saya terpaksa stop breastfeed masa umur Rayyan 1 tahun 4 bulan. Sebelum ni sy dok mencari jugak kenapa susu makin lama makin menyusut. sampai satu tahap yang keluar just 2-3 titis je. tambah kekerapan pam & direct feed pun x jadi ape.

Rupa2 nya Rayyan nak dapat kawan. Sy dapat tahu sy pregnant bila kandungan da masuk 5 bulan. huhu kena bebel dgn nurse di klinik sebab lambat daftar.

Then bila susu kurang memang x dapat nak siapkan stok untuk dia g taska.. masa mula2 cuba juga bagi dia susu tepung sebab masa tu mencari susu fresh x jumpa. susu 1st yg sy bagi ANmum essential.. sebab nak kan sel2 otak berhubung..hahah ok x kelakar..sebab anmum xde tambahan gula. so sebab x nak perut Rayyan terkejut tiba2 susu manis so belikan la Anmum step 2. Masa tu kelam kabut gak nak cari bekas nk letak susu tepung. Saya pulak jenis particular. memang sukat siap2 berapa nak bagi kat taska.. lucky me sebab masa beli starter set botol susu tommee tippee dulu memang ada skali milk dispenser yang kecik2. so ada juga gunanya..mula2 ingat nk jual dah..hehe

Rayyan minum Anmum utk 2 minggu je sebab nampak poo poo dia cair & kerap pulak tu. Dia x sesuai dgn Anmum so gigih la cari susu lain. Next is S26. sebab anak abang sy minum S26 so sy pun nak try bg Rayyan cuba.. masa beli x baca pun berapa sukatan. Main beli je sebab anak buah seems ok kan dgn susu ni..so budget anak sendiri pun mesti akan ok punye..huhu

then bila nk siap2 susu g taska tengok sukatan dia 7 scoop...yes bukan 2, 3 atau 4 tp 7 sudu..memang x muat milk dispenser TT sy.. kna guna dua botol milk dipenser untuk satu botol susu. masa ni mula menyesal..kenapa aku tergamak beli susu ni ke Rayyan.. sy yg minum susu tepung letak dua sudu kecik pun da rasa susu tu manis..ni kan pulak 7 scoop untuk sekali minum.. menangis dalam hati :"(

nampak mcm besar tp kecik je bekas ni..huhu (gambar dr google)

Oleh kerana rasa bersalah yg teramat sy gigihkan mencari susu kambing fresh untuk Rayyan. X kira kat mana berapa pun harga, sy x nak dia sentuh lagi susu tepung. memang kesian sangat2 kat dia.

So cari punya cari mula2 jumpa kedai makan kat area Jalan Kamaruddin yg jual susu kambing fresh. Kedai makan Pak Ali namanya. Kalo dr traffic light depan kedai nasi kuku yg famous tu ambil arah jalan pusara. Kedai pakcik tu dekat snow wash. Harga just RM3 sebotol 250ml. Masa x jumpa supplier lain memang beli kt pakcik ni je. Tapi nak dijadikan cerita 1 hari sy g beli tengok stok yg pakcik tu jual, stok yg sama dia jual semalam. the thing is susu bila kita da cairkan dr freezer x boleh dimasukkan semula dalam freezer kalo da cair ye. Tp pakcik ni buat mcm tu..sy perasan sebab dia letak dalam kotak polistrin putih tanpa ape2 ice pack/ ais ye utk keep susu tu sejuk.. bayangkan dr pg sampai petang susu terletak dlm kotak tu..then x abes dia masuk semula dlm peti ais then esok jual semula. mana nak datang nutrien susu tu..abes semuanya..serupa air kosong je..huhu

so gigih lagi mencari..then ada member ofis bitau dia pnah beli fresh milk kat kedai Terengganu Leather di Chendering. kedai tu pemilik dia ada company Cosmopal Sdn Bhd. company ni yg supply barang2 kulit & ada ladang kambing sendiri. diorang produce barang kulit & susu kambing sekali. So g jumpa staf kat sana dia kata ada tp by booking only. HArga RM3.80 sebotol 250ml. Sebab nak beli banyak dia bagi harga 3 botol susu = RM10. Biasa stok akan tersedia untuk sy pick up pada hari Sabtu sebab waktu perahan susu adalah hari khamis. Sampai last week memang sy ambil regularly dgn Cosmopal

lebih kurang mcm ni botol nya..sy malas ambil gambar ( ihsan dr google..hehe)
Tapi kerana hari sabtu adalah weekend..kadang2 ada jemputan kenduri & mcm lg hal..sy gigihkan cari supplier lain..sebab kalo boleh x mahu yg menganggu hari minggu. sebab bila miss collect susu ni sy kna cari option pula untuk bekalan susu Rayyan. So masa x flexible. Masa otw g site dgn my boss kat area Gelugor Kedai sy nampak satu banner. MFR susu kambing.

Masa ni terus contact diorang tanya location sebab nk beli bagi Rayyan test. Alhamdulillah kedai ni dekat ngan tempat kerja saya & waktu perahan susu adalah setiap hari ye. Setiap hari means kalo nk beli yg fresh hari2 pun boleh. Tapi sy ambil stok utk seminggu. Senang keje & jimat minyak.. Just kna blajar cara penyimpanan dan make sure kita tau bile susu tu diperah untuk simpan dalam bentuk cecair & masa bila nk kna bekukan. So now sy memang jd pelanggan tetap MFR ni..antara sebab2nya: 1) dia perah susu hari2 jadi senang nak dapatkan bekalan yg memang fresh 2) waktu ambil stok susu flexible..x kaco dah weekend saya 3) packaging dia comel & proper..even bila kita cairkan yg beku susu tu mudah untuk dikendalikan 4) kandungan dia lg banyak 250ml ++..jimat sudah disitu 5)harga tersangat la affordable & murah..beli 10 botol hanya RM30..tp beli sebotol2 RM4 ye..sila borong nk dapat murah..hehe

Nak beli susu dengan diorang boleh visit page fb diorang MFR susu kambing

ada perasa ye..sila pilih mana yg berkenan..(credit to MFR page)

satu lagi supllier yang saya jumpa online di fb Susu Kambing Segar Terengganu. ni link Fb diorang Klik SINI. Tapi sy x pernah cuba lagi yang ni..sebab location sangat jauh di Mengabang Telipot sana. bercinta nak naik jambatan Sultan Mahmud tu.huhu diorang pun ada buka booth di pasar tani Jalan Hiliran dekat dgn TTC nung tapi sy x pernah g pasar tani tu so memang xde peluaang lagi..huhu

Harga sy x tau..sebab x pernah beli lg..hehe
So far Rayyan xde masalah dengan susu kambing fresh ni. Perkembangan bagus..poo poo xde problem..makan sedap..alhamdulillah.. after all susu kambing adalah yang terbaik selepas susu ibu. Susu kambing pun adalah susu kegemaran Rasulullah. Jadi memang x ragu2 untuk beri pada anak. Tapi ada had umur ye.. bawah 1 tahun jangan pulak di beri susu fresh ni..

next post sy try share umur, sukatan & bila boleh beri bayi anda susu kambing fresh ni. Panjang sgt dah post kali ni. till then :)